~ The Only ME ~

My photo
Malaysia
like to be alone but i hate loneliness

Thursday, January 19, 2012

~ Congkak ~

Bertahun-tahun lama nya aku tinggal di USM nih...bru ini kali pertama aku menjejakkan kaki ke Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, USM. Meredah hujan bersama sahabat yang setia menemani (Adariena - Tima ksh cik adk, jasa mu dikenang =)....berkongsikan payung yang satu..menuju ke Muzium. Suasananya not bad lah...bole menimba ilmu jugaklah. Tapi yang penting......ada congkak. hihi....setengah jam lah kot tadi bermain..tanpa gangguan...selama ini aku tak reti pun nak main benda tu. Just tau ia salah satu permainan tradisional malaysia. Tapi tak pernah pun mencuba. Berkat tunjuk ajar cik adik saya....saya mula addicted dengan congkak. Sampai sekarang pun masih terbayang congkak tu. Betapa rugi nya saya sebelum ini tak tau nak menikmati keseronokan bermain congkak. Berbaloi lah jugak perjalanan hari ini walau berjalan dalam hujan. Satu perkara yang saya pelajari....CONGKAK!

~Bila Masa Berlalu~





Menghitung detik untuk aku melangkah pergi..meninggalkan Pulau Mutiara yang mula sebati dalam diri. Agak menyedihkan....dekat 4 tahun berada di kepulauan ini, banyak perkara yang aku pelajari. Almaklumlah..nama pun dah menimba ilmu di negeri orang. Tetapi sesungguhnya...pahit manis perjalanan hidup yang aku lalui disini amat mendewasakan aku. Ia memberikan aku peluang untuk melihat dunia dari dimensi yang berbeza dari yang aku lalui sebelum ini.



Bakal meninggalkan rakan-rakan yang tersayang....yang bersama aku dalam susah dan senang sepanjang diperantau ini. Insan lain silih berganti datang dan pergi tetapi mereka tetap ada disisi. Ketawa atau menangis aku jua kerna mereka. Mereka ibarat harta yang tak ternilai. Disini mereka lah keluargaku. Yang menghulurkan tangan serta bersorak. Walau bagaimana pahitnya dugaan yang melanda hati (apabila yang terjadi tak seperti keinginan) mereka tetap ku kunci seteguhnya kerana mereka berharga. Aku percaya setiap dugaan itu hanya satu ujian yang menilai sejauh mana hubungan ini dihargai. harapan dalam hati, walau jarak bakal memisahkan kita kelak hubungan ini tetap nya meriah seperti hari ini. Tidak terkurang malah bertambah sayang nya kita.....




Bakal bermulanya saat untuk segenap kita mula mencari arah haluan masing-masing. Walau apapun di hadapan kalian nanti, aku berdoa agar ia tidak menjejaskan kita. Jangan sesekali lupakan aku yang pernah hadir dalam hidup kalian.



Eternity Friendship : Lenny Luat, Dijah Enchai, Milang Enchai, Adariena Che Ali ^_^

~~ After a long time ~~

Setelah lama menyepi..tak menjenguk blog ini ...terdetik hati untuk membuat coretan disini.

Aku bukan lah penulis yang baik untuk mencoret ayat, tetapi ku beranikan diri untuk mengambil satu langkah baru. Memperbaharui diri..sempena tahun 2012 ini, ingin melakukan sesuatu yang aku tak pernaah lakukan sebelum ini.Di harap ini adalah permulaan yang baik bagiku.

Sekian untuk yang pertama kali nya ^_^